Menuntut Ilmu Jalan ke Syurga

Monday 16 March 2015

Perolehan Dana Pengurusan Program NGO



Kebanyakan NGO mempunyai cara tersendiri untuk memastikan kesinambungan hanyat atau kelestarian NGO tersebut. Terdapat beberapa cara bagi NGO memperoleh dana. Antaranya ialah dana daripada kerajaan, badan berkanun, kerjasama dengan NGO lain serta sumbangan orang ramai.
Bagi NGO yang memohon dana daripada Badan Berkanun, Kerajaan atau dengan badan korporat, kebanyakan pemohon perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai beberapa garis panduan permohonan, pelaksanaan dan pelaporan program yang dikeluarkan kepada para penerima Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan khususnya NGO. Bantuan ini bertujuan membantu para NGO melaksanakan program pembangunan sosial kepada kumpulan sasar iaitu KPWKM (wanita, keluarga dan masyarakat).

Kaedah memungut dana daripada pihak awam seperti para peniaga runcit juga sering digunakan oleh kebanyakan NGO. Walaubagaimanapun, penyelidik tidak bersetuju sepenuhnya tindakan seperti ini kerana tidak memaparkan kaedah yang profesional dalam kaedah perolehan dana.

No comments:

Post a Comment