Menuntut Ilmu Jalan ke Syurga

Wednesday 18 March 2015

Hubb Wathon - Tazkirah Kuliah Disertasi ISDEV USM

Berdasarkan Maqasid Syariah, ada lima perkara yang wajib dipertahankan iaitu agama, nyawa, akal, harta dan kehormatan. Jika ada serangan terhadap 5 aspek tersebut, wajib pertahankan dan tidak boleh lari dari tanggungjawab mempertahankan tersebut kerana ia dikira sebagai lari Dari medan perang. Terbuka asalkan maklumat tersebut benar di sisi Islam. Tidak perlu sifat Asobiah tetapi perlu mengutamakan kecintaan ilmu kerana Allah SWT menerusi ilmu yang disampaikan. Perkara utama: 1. Cinta kepada majlis ilmu di ISDEV. 2. Guna dan manfaatkan sepenuhnya kemudahan yang ada di ISDEV. 3. Kemas dan bersihkan peralatan dan kelengkapan yang digunakan. Dan tiadalah balasan yang baik melainkan terhadap kebaikan yang dilaksanakan. Tazkirah disampaikan oleh Dr. Shahir Akram Hassan.

No comments:

Post a Comment