Menuntut Ilmu Jalan ke Syurga

Monday 2 May 2016

Kelestarian Kemiskinan dan Kekayaan?

Kelestarian ialah mengekalkan sesuatu yang ada pada hari ini agar dapat berfungsi dengan baik pada hari hingga masa hadapan. Antara cabaran dalam memastikan kelestarian terjamin dari sudut ekonomi, sosial dan spiritual ialah:
1. Kemiskinan.
- Kemiskinan menjadi punca mengapa sesuatu perkara tidak dapat diselesaikan dengan baik atau dikekalkan hingga mampu berfungsi dengan baik pada masa hadapan.
- Kemiskinan berlaku apabila seseorang tidak mampu mencukupkan keperluan asasnya sehingga keperluan tambahan tidak mampu dijaga dengan baik demi menjalani kehidupan yang selesa.
- Faktor berlakunya kemiskinan ialah daripada agihan pendapatan yang tidak seimbang antara penduduk walaupun harga barangan semakin meningkat dan rata-rata penduduk melaksanakan pekerjaan melebihi waktu bekerja yang sepatutnya.
- Kemiskinan boleh dibahagikan kepada dua kategori:
a) Kemiskinan Fizikal
> Kemiskinan yang nampak nyata.
> Berlaku antara diri, persekitaran dan masyarakat.
> Menjadi lestari apabila tiada usaha untuk menolak kezaliman terhadap diri, masyarakat dan harta.
> Boleh diatasi dengan bantuan berbentuk kewangan, barangan dan perkhidmatan seperti runding cara atau kaunseling.
b) Kemiskinan Spiritual
> Kemiskinan yang tidak boleh dilihat secara zahir tetapi boleh dirasa.
> Berlaku antara diri, persekitaran, masyarakat dan Tuhan.
> Menjadi lestari apabila tiada usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT menerusi bimbingan para guru dan sahabat yang diyakini ilmunya benar dan menepati syarak.
> Boleh diatasi dengan memperbaiki kualiti ibadah atau aktiviti keagamaan.
2. Kekayaan
- Kekayaan menjadi rebutan banyak pihak di dunia.
- Banyak negara telah dijajah oleh para penjajah demi melegakan kehausan sifat cintakan kekayaan.
- Kekayaan boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu:
a) Kekayaan Fizikal
> Kekayaan yang nyata, boleh dilihat dan dinilai.
> Bersifat tidak kekal
> Sukar dicari, sukar dilepaskan namun mudah hilang nilainya.
> Menjadi lestari apabila dijaga dan diurus sebaiknya dengan memiliki ilmu berkaitan harta, termasuk urusan jual beli atau muamalah.
> Boleh hilang dengan sikap terburu-buru, jahil dan mengikut nafsu.
b) Kekayaan Spiritual
> Kekayaan yang tidak dapat dinilai dengan nyata tetapi boleh dilihat kesannya dan boleh dirasai kewujudannya.
> Bersifat tidak kekal
> Sukar dicari, mudah hilang nilainya tetapi tidak mudah untuk dilepaskan
> Menjadi lestari apabila dijaga dengan baik melalui peningkatan kualiti ibadah.
> Boleh hilang dengan tindakan mengabaikan tanggungjawab terhadap Pencipta dan makhlukNya.

Pada akhirnya, kelestarian merupakan suatu isu yang timbul berkadaran dengan masa. Setiap perkara yang wujud dan berlaku di dunia hanyalah sementara, tidak kekal untuk selamanya. Namun, manusia mempunyai tugas yang berat dalam mengurus kelestarian hidup agar dapat menikmati kehidupan berkualiti serta mampu memberi sumbangan bermakna buat generasi akan datang. Disamping itu, hasil usaha melestarikan kehidupan dunia bukanlah terhenti di dunia semata-mata bahkan terus lestari ke akhirat dengan membawa segala amalan yang telah diusahakan di dunia untuk perhitungan Yang Maha Menguasai Hari Pembalasan. Justeru, kejayaan yang diharapkan dalam kehidupan di dunia dan akhirat merupakan kekayaan fizikal dan kekayaan spiritual. Namun, bagi mengatasi sifat cintakan kekayaan fizikal yang melampau, Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh teladan yang baik apabila baginda memohon kehadrat Ilahi untuk menjadi miskin dan bersama-sama dengan orang yang miskin di akhirat nanti. Kemiskinan yang dimaksudkan sudah semestinya kemiskinan fizikal, bukan kemiskinan spiritual kerana kemiskinan fizikal mengurangkan amanah dan tanggungan terhadap harta, diri, keluarga, masyarakat, negara, agama dan alam sekitar. Berbeza dengan kemiskinan spiritual yang merenggangkan hubungan dengan Tuhan sehingga mengundang kemurkaan Tuhan, Pencipta Alam, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wallahua'lam.

Tuesday 19 April 2016

A New Beginning For A New Beginner

Alhamdulillah, it's been three weeks i am accepted as part of this working family unit in one of famous research institution in Malaysia, located in Penang. Since then, my small nucleus family has moved to a new home in Air Itam, Penang which is near to the Masjid Negeri (State Mosque). Starting from last weekend, my beloved husband has bought a vehicle for me to travel from home to my working area as his working time is not same with me. Ya Robb, we are satisfied with bounty blessings You have given to us. Everyday we tried to give our best to each other, insyaAllah by the will of Allah SWT.

To be continue..

Tuesday 8 March 2016

Hari Wanita Sedunia

Wanita Islam meraikan hak yang telah lama diberi bukan yang baru dicari

8hb Mac adalah hari yang dipilih bagi mewakili wanita seluruh dunia.Ia adalah hari yang diperkenalkan dan diterima oleh sebahagian penduduk dunia akan wujud dengan entiti hak dan tanggungjawab seorang wanita.Wanita merupakan  rukun  dalam satu komuniti yang normal.

Islam mengiktiraf wanita bermula sejarah kisah ulung Adam a.s dan Hawa isterinya. Kisah ini takkan lengkap tanpa kisah Hawa dan Iqlima kemudiannya.

Seterusnya kehebatan Nabi 2 ulul azmi semuanya terkandung peranan wanita dari pelbagai posisi. Kisah Ibrahim a.s ulul azmi dengan kisah hebat isteri bernama Sarah dan anaknya Nabi Ishak a.s dan Hajar selaku madunya dan ibu kepada Nabi Ismail sehingga mencetuskan manasik haji rukun Islam hasil pengorbanan mereka sekeluarga.

Nabi Musa a.s di perkukuhkan dengan peranan dengan Firaun dan tak akan sempurna tanpa ada peranan 5 wanita dalam hidupnya iaitu permaisuri bernama Asiah ibu angkatnya , Yu'kabad ibu kandungnya, Maryam kakaknya dan Safura isterinya  anak kepada nabi Syuaib dan kakaknya .

Nabi Isa a.s dengan kisah unik sucinya seorang wanita bernama Maryam yang tak mungkin akan diganti dengan jutaan wanita baik dan cantik seluruh dunia sepanjang masa.Dara suci abidah yang menjadi ibu yang hebat. Kisah Nabi Nuh a.s dalam menghadapi bencana alam luar biasa yang mana isterinya yang menjadi dalang kepada kaumnya yang menentang dakwah dan perjuangan Nabi Nuh a.s.

Biografi  Nabi Muhammad saw yang penuh dengan puluhan ribu wanita hebat yang diketuai oleh Khadijah r.a , Aishah dan semua ummahatul Mukminin , Aminah ibunya dan para puterinya bernama Fatimah dan adik beradik perempuannya serta ibu2 susu, ibu saudara dan para sahabiyyah seluruhnya.

Semua wanita ini adalah sebahagian catatan sejarah yang diwahyukan kepada seorang lelaki hebat bernama Muhammad saw dan didalam alquran terdapat  surah atas nama wanita seperti surah Maryam bukannya surah isa dan surah Yusuf a.s yang  menukilkan  cerita Zulaikha dan para wanita dalam kerajaan Mesir dan beberapa surah lain yang asbab nuzulnya juga berkait dengan wanita.

Dalam Islam hukum dan tatacara berkait wanita dijelaskan terperinci dalam surah annur dan annisa' dan surah2 lain.Semua ikon2 dan hukum ini masih menunggu perincian dan kupasan mengikut keperluan zaman dan tempat untuk perlaksanaannya.

Wanita adalah golongan istimewa dengan perlindungan dan hak yang dikurniakan Allah swt, yang tak mungkin mana2 lelaki soleh dan berilmu berani menyanggah dan mempertikaikannya. Kini yang menjadi perbahasan ialah perlaksanaan bukan undang2 dan hukum. Wanita harus bangkit mengingatkan para lelaki tentang hak dan tanggungjawab ini seterusnya menikmati semua yang dikurniakan dalam masa yang sama menunaikan hak dan tanggungjawab kepada para lelaki dalam hidupnya

Maka bagi wanita Islam kita merai hari Wanita ini sebagai simbol memperingati bagaimana istimewanya hak wanita yang diberikan Allah swt  dalam Islam bukannya  meraikan kejayaan menuntut hak sebagai seorang wanita.

Maka piagam dan wasiat terbesar Nabi Muhammad saw "Berbuat baiklah kepada kaum wanita" selari dengan kehendak Islam harus sama2 ditunaikan secara tuntas dan optima maka selamatlah masyarakat dunia dan akhirat.

"Selamat Hari Wanita Antarabangsa" untukmu Wanita yang istimewa

Mumtaz Md Nawi
Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan

8hb Mac 2016

Monday 29 February 2016

Pengangkutan dan Perumahan dalam Pembangunan Manusia

Pengangkutan memainkan peranan penting kepada manusia sebagai kelengkapan memudahkan urusan dan perhubungan antara manusia. Merujuk kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.”
(Ibnu Hibban)

Diungkapkan bahawa dua daripadanya melibatkan manusia iaitu isteri dan jiran tetangga yang terdekat dalam kehidupan seseorang manakala dua lagi kelengkapan yang diperlukan bagi menampung kehidupan seorang manusia ialah infrastruktur rumah untuk dihuni dan juga pengangkutan yang baik untuk digunakan. Isteri mahupun ahli keluarga yang baik mampu mendorong seseorang untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT manakala jiran yang baik pula mampu menjaga dan menghormati keaiban keluarga jirannya daripada diketahui orang lain. Kepentingan mempunyai isteri solehah boleh dijelaskan berdasarkan hadis berikut:


"Dari Abu Hurairah r.a. katanya “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda “Wanita Quraisy itu amat baik, mereka dapat menunggang unta, amat pengasih pada anak-anak dan pandai menjaga harta suami.”
(Bukhari: 4946)

Selain itu, rumah yang luas juga memberi ruang kepada keluarga terutama untuk mengasingkan tempat tidur anak-anak lelaki dan perempuan ketika sudah mencecah umur sepuluh tahun seperti sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).
(Abu Daud dan al-Hakim)

Rumah yang luas juga memberi peluang kepada tetamu untuk bertandang ke rumah dalam keadaan yang selesa. Dalam ayat al-Qur’an, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Allah menjadikan untuk kamu rumah sebagai tempat tinggal (tempat ketenangan).”
(Surah an-Nahl, 16:80)

Mempunyai jiran tetangga yang baik juga merupakan sebab yang melengkapi kehidupan bermasyarakat terutama apabila berlaku kematian, menjaga rumah apabila ditinggalkan lama dan membantu menunaikan hajat keluarga ketika diperlukan. Terdapat beberapa ayat al-Qur’an dan hadis yang menjelaskan perihal menjaga hak jiran. Antaranya ialah hadis riwayat Aisyah r.a. yang bermaksud:

“Jibril sentiasa mewasiatkanku untuk berbuat baik terhadap jiran tetangga sehingga aku mengira jiran tetangga juga akan mendapat harta waris.”
(Bukhari: 5555)

Akhirnya, kenderaan yang baik pula memainkan peranan yang penting dalam membantu urusan seharian seorang insan yang perlu bergerak ke tempat pengajian, kerja dan urusan keluarga. Antara ciri kenderaan yang baik ialah kenderaan yang membolehkan pemandu menunaikan solat sunat di atasnya seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW yang dapat diperhatikan dalam maksud hadis berikut:

“Rasulullah SAW pernah melakukan solat sunat di atas haiwan tunggangannya, menghadap ke arah mana sahaja baginda menghadap dan baginda juga melakukan witir di atas tunggangannya, namun baginda tidak melakukan solat wajib di atas tunggangan.”
(Muslim: 1136)

Selain itu, kenderaan tersebut juga merupakan kenderaan yang baik apabila mampu menampung barang-barang keperluan sebagai bekalan dalam perjalanan. Hal ini dapat dilihat menerusi hadis yang bermaksud:

“Nabi SAW pernah mengirim kami dengan jumlah tiga ratus tentera dan kami membawa bekalan di atas tunggangan kami.”
(Muslim: 3579)

Oleh itu, tidak dapat dipisahkan antara hubungan sesama manusia dan persekitaran termasuk rumah dan pengangkutan bagi membangunkan kehidupan manusia yang seimbang sehingga ke tahap yang sempurna dalam kehidupan di dunia hingga akhirat.