Menuntut Ilmu Jalan ke Syurga

Monday 23 March 2015

Cadangan Abstrak WAPI: Perbandingan NGO Belia Menurut Sumber Sekunder

Problem statement: Undeniably communities around the world are facing numerous challenges in the development process and one of it is to ensure a safe community. To achieve this, community policing is deemed important as an important mechanism that will ensure safety and a free-crime society. The main purpose of this study is to seek the interrelationships between the various approaches in community development and how it can be embedded in community policing.
Approach: This study used the existing literature and other relevant documents to seek for the implementation of community policing in Malaysia.
Results: The outcome of the study showed that community policing is alive in Malaysia and most communities accept the good cooperation between the police and community in reducing crime.
Conclusion: This study showed that more efforts need to be taken to further strengthen collaborative ties between the police and the community as it is evident that such collaboration will help to enhance the well-being of society.

Pernyataan Masalah: Pembangunan masyarakat terutama pembangunan sahsiah anak muda sering menjadi perhatian bagi kebanyakan ibu bapa di Malaysia. Kem cuti sekolah seperti khamah ibadah, bengkel anak soleh, kem solat dan kem motivasi pelajar menjadi antara agenda utama para pelajar setiap kali musim cuti sekolah samada kem tersebut dirancang oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa pelajar itu sendiri. Walaubagaimanapun, setelah meningkat ke usia dewasa iaitu peringkat belia berumur 18 tahun hingga 40 tahun seperti yang dinyatakan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

Akta ini digunakan untuk mendaftar pertubuhan belia, menggalakkan dan memudahkan pembangunan belia di Malaysia dari aspek pendidikan, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia, untuk menubuhkan Majlis Perundingan Belia Negara, untuk menubuhkan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Menurut Akta ini, “aktiviti belia” diertikan sebagai apa jua aktiviti yang melibatkan belia dengan mempunyai objektif seperti berikut: (a) untuk membina peribadi belia; (b) untuk meningkatkan kesetianegaraan di kalangan belia; (c) untuk menyebarkan prinsip-prinsip Rukun Negara; (d) untuk mewujudkan kesedaran di kalangan belia terhadap unsur dan nilai negatif; (e) untuk membolehkan belia mempunyai kesedaran terhadap kebudayaan, alam sekitar, sukan, kesihatan, kerohanian dan kebajikan sosial; (f) untuk memberikan peluang bagi penyertaan belia dalam program pembangunan komuniti bandar dan luar bandar; (g) untuk memberikan peluang bagi latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan; dan (h) untuk membantu belia menyesuaikan diri dan membentuk sikap positif dalam menghadapi cabaran dan desakan hidup melalui penggunaan komponen pendidikan dan kemahiran hidup;



No comments:

Post a Comment