Menuntut Ilmu Jalan ke Syurga

Sunday 10 May 2015

Perkembangan Islam di Malaysia



Ucapan President PAS Sempena Majlis Konvokesyen ke-12 ILHAM Di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Gombak, Kuala Lumpur.

Perkembangan Islam
Pada tahun 20an hingga 50an, masyarakat dipimpin oleh pemimpin berfahaman sekular, liberal. Menolak Islam secara terang-terangan. Memusnahkan sistem tulisan jawi yang menggunakan huruf Arab. Pakaian seperti penjajah. Sekolah disatukan menjadi sekolah kebangsaan. Sekolah agama diketepikan.

Manakala pada tahun 70an, masyarakat dipimpin oleh pemimpin berfahaman separa Islam. Membangunkan pelaksanaan amar makruf tetapi meninggalkan nahi munkar. Proses islamisasi berlaku dengan rancak. Pembangunan universiti Islam, bank islam, pajak gadai islam menggunakan sistem barat tetapi diIslamkan sedikit demi sedikit. Namun tunjang asasnya belum kukuh melaksanakan sistem Islam sepenuhnya. Riba masih diamalkan. Pusat maksiat masih dibenarkan.

Golongan yang mempunyai kesedaran untuk kembali kepada Islam terbahagi kepada dua iaitu golongan yang belajar agama secara sistem pondok dan golongan yang belajar di Barat samada belajar tentang agama atau bidang lain tetapi timbul kesedaran untuk menegakkan Islam di negara sendiri. Golongan-golongan ini telah mewujudkan aliran pemikiran yang mahukan Islam di Malaysia sehingga kini.