Menuntut Ilmu Jalan ke Syurga

Wednesday 16 September 2015

Tazkirah Kuliah Khamis- Dr Sukainah

Islam datang, sahabat Nabi S.A.W., Saiyidina Bilal r.a. yang diamanahkan menjaga berhala kemudian masuk Islam. Tuannya Umaiyah menyeret Bilal, hamba tersebut. Dijemur Bilal ditengah panas. Umar menawan Baitul Maqdis dan jumpa Bilal di sana. Umar meminta Bilal pulang ke Madinah dan azan. Para sahabat menangis apabila Bilal tidak mampu meneruskan azan pada lafaz "asy hadu anna muhammad rasulullah". Bilal dimakamkan di Damsyik. Bilal simbol perjuangan yang tidak pernah putus dari penderitaan. Tanpa Rasulullah S.A.W. di sisi, para sahabat tetap teruskan perjuangan yang ada. Apakah yang akan kita lakuka setelah keluar dari naungan ISDEV?

Tuesday 15 September 2015

Ibrah Musafir

Baru-baru ini, seramai 14 orang wakil ISDEV USM termasuk VC USM bermusafir ke Jember, Indonesia. Dari Penang ke Surabaya dan kemudian ke Jember. Beberapa pengajaran dapat diambil. Fasa sebelum bermusafir, semasa musafir dan selepas musafir.

Asas ketika sebelum musafir, perlu ada keselarasan maklumat antara ketua dan ajk program termasuk keselarasan maklumat dengan para pensyarah dan peserta. Apa sahaja yang disampaikan dalam mesyuarat, perlu disampaikan kepada Pengarah ISDEV, Prof Syukri. Tugasan ke Thailand khusus untuk MISDEV 15 perlu kepada kerjasama dan maklum kepada Pengarah ISDEV. Adab dalam berjemaah.

Seni berkomunikasi berlaku sepanjang musafir. Sebelum musafir, mungkin akan menggunakan emel. Perlu dimulakan dengan;
Assalaamualaikum Prof.
......

Apabila bermusafir, kita mungkin akan berhadapan dengan musuh disebabkan perbezaan ideologi. Di ISDEV, agak berbeza. Adhdhollatul mukmin, kita ambil apapun asalkan tidak bertentangan dgn Islam. Di ISDEV, kita ambil teras utamanya AlQuran dan Hadis sebagai rujukan.