Menuntut Ilmu Jalan ke Syurga

Tuesday 20 October 2015

Penjagaan Anggota Telinga Menurut Islam

Kuliah disampaikan oleh Dr Syakir Rusdi.

Telinga dijadikan untuk mendengar ayat al-Qur'an, hadis, kata-kata hikmat wali Allah @ ulama yang menyampaikan kita kepada mengenal Allah SWT.

Manfaat menjaga telinga dengan ayat al-Qur'an:
1. Mendatangkan kenal kepada Allah
2. Takut kepada Allah.

Islamic State, IS. US & Rusia ingin bergabung unuk menghancurkan IS.
Tidak menyerang IS tetapi menyerang umat Islam.
Orang yahudi menglaji umat Islam akhir zaman.
Tentera Imam Mahadi akan lahir di Syria, bendera hitam. IS menggunakan karakter ersebut untuk mengelirukan umat Islam.
Hanya segelintir sahaja yang akan menjadi tentera Imam Mahadi.
Kebanyakan terpengaruh dengan sebaran Internet.
Yahudi tahu Islam itu betul tetapi tidak mahu ikut. Mereka percaya alquran an hadis tetapi tidak mahu beriman kerana Nabi Muhammad SAW bukan dari kalangan mereka.

3. Menyampaikan kita, kenal akan akhirat.

Dari sudut perubatan, fizikal telinga juga penting untuk dijaga.
Menjaga pendengaran. Telinga sakit, gatal, berdarah, perlu jumpa Doktor untuk mendapat rawatan sewajarnya (ear care).

Penjagaan telinga:
1. Jangan biarkan air masuk ke lubang telinga. Tidak kira semasa berenang, menyelam. Gunakan penyumbat telinga. Telinga perlu kering.
2. Jika bernanah, perlu keringkan. Bersihkan telinga sebelum titis ubat telinga.
3. Jangan korek telinga hingga telinga cedera.
4. Jika berwudhuk, urur telinga. Urutan tersebut mengurangkan tekanan stress. Ear reflexology,

Tempat yang tertinggi (Al-'A`rāf):179 -
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."

Ayat ini merujuk kepada orang Yahudi yang menutup pintu hati, benci untuk bertemu dengan Allah, maka Allah lebih benci untuk bertemu mereka.
Janganlah kamu berbicara dengan perkataan yang buruk.
Janganlah kamu sindir-menyindir
Janganlah kamu memperdengarkan cerita orang lain
Jadilah kamu.....

Maka peliharakan telingamu itu daripada 5 perkara:
1. Mendengar perkara bidaah dholalah (yang tercela). Ramai yang terjebak dengan ajaran sesat dengan mendengar perkara yang tercela, pelik, aneh, ganjil dalam  bab ibadah tanpa ilmu.
2. Pelihara daripada mendengar orang yang mengumpat. Hadis Nabi, orang yang mendengar itu adalah orang yang bersekutu dengan orang yang mengumpat.
3. Pelihara daripada mendengar perkataan yang keji. Cth: Mengumpat,
4. Pelihara daripada perkataan yang batil dan sia-sia. Setiap perbuatan, percakapan akan dicatat Malaikat.
5. Pelihara daripada mendengar orang yang berkata tentang keburukan manusia.

Wanita (An-Nisā'):140 - Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam,

Yang penting, tegakkan kebenaran.

Orang yang berakal seharusnya menggunakan kedua telinga lebih daripada mulut.
Mengurangkan penggunaan mulut, meningkatkan penggunaan telinga.
Bercakap yang baik lebih elok berbanding diam.
Diam lebih baik berbanding cakap yang buruk.
Apabila tidak berbicara, dia mengawal perkataan. Apabila bercakap, perkataan yang mengawalnya.

Di telinga, merupakan tempat bisikan syaitan.
Ada 4 bisikan syaitan di telinga, Alaraf 16-17.
Tempat yang tertinggi (Al-'A`rāf):16 - Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,
Tempat yang tertinggi (Al-'A`rāf):17 - kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)."

1. Dari depan, tanamkan keraguan tentang akhirat.

2. Dari belakang, bisikan cinta dunia, takut mati. Alfajr 23-26
"Fajar (Al-Fajr):23 - Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia, akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya.
Fajar (Al-Fajr):24 - Dia mengatakan: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini".
Fajar (Al-Fajr):25 - Maka pada hari itu tiada seorangpun yang menyiksa seperti siksa-Nya.
Fajar (Al-Fajr):26 - dan tiada seorangpun yang mengikat seperti ikatan-Nya.

3. Dari kanan, sangsi dengan syariat. Albaqarah 231.
Sapi Betina (Al-Baqarah):231 - Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan cara yang ma'ruf, atau ceraikanlah mereka dengan cara yang ma'ruf (pula). Janganlah kamu rujuki mereka untuk memberi kemudharatan, karena dengan demikian kamu menganiaya mereka. Barangsiapa berbuat demikian, maka sungguh ia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Janganlah kamu jadikan hukum-hukum Allah permainan, dan ingatlah nikmat Allah padamu, dan apa yang telah diturunkan Allah kepadamu yaitu Al Kitab dan Al Hikmah (As Sunnah). Allah memberi pengajaran kepadamu dengan apa yang diturunkan-Nya itu. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah bahwasanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

4. Dari kiri, merangsang manusia untuk berbuat maksiat. Alfatir 8.
Pencipta (Fāţir):8 - Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan)? Maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya; maka janganlah dirimu binasa karena kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.

Sesi Persoalan:
1. Ayat al-Fatir, 8
2. Bidaah sujud syukur, bagaimana cara menghadapi perkara tersebut?
Ada dua kategori, 1. Bidaah hasanah & 2. Bidaah dholalah.
Sujud syukur pernah dibuat Nabi SAW tetapi bukan selepas solat. Sujud apabila mendapat jadiah besar, tiba2. Ada ulama mengatakan, boleh untuk mempamerkan sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.
Manfaat dakwah, agama dll.
3. Meluah perasaan, adakah dikira sebagai mengumpat? Tiada masalah, yang paling utama, ia tidak menjejaskan peribadi seseorang. Cuba beritahu terus kepada Allah, tidak perlu sandarkan kepada orang lain.

Bertangguh

Tazkirah Selasa petang disampaikan oleh Pn. Azrin Hamiza.

Cara elak bertangguh:
1. Doa
2. Melawan nafsu malas.
3. Rajin cari ilmu
4. Berusaha bersungguh-sungguh
5. Pengurusan masa.
6. Fokus
7. Henti memberi alasan
Pn Azrin Hamiza (2015)

Masa itu umpama pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita.
Tiada masa untuk hidup bersahaja. Tiada motivasi dan tidak berjaya.
Dr Syakir (2015)

Kuatkan tahajud:
1. Sebelum subuh, ada aura yang akan datang.
2. Allah makbulkan doa.
3. Perbanyakkan zikir, makanan rohani.
4. Baik untuk menguatkan ingatan.
Ust (2015)

Amalan para ulama terdahulu sehingga dapat melakukan banyak perkara pada masa yang singkat cth, menulis buku:
1. Menulis catatan, diari. Ada kitab2 turath (kitab kuning). Aplikasi dalam kehidupan, lebih tersusun jadual.
2. Ada jadual kehidupan.
Ust (2015)

Dua nikmat yang seringkali dilupakan:
1. Sihat
2. Masa lapang

Bersuci dengan betul, pastikan bersih, berdehem sebelum habis bersuci untuk elak kesan najis di badan ketika beribadah.
Dr Syakir (2015)

Thursday 1 October 2015

Berjuang dalam Kebahagiaan

Majlis dimulai dengan alunan Asma' ul Husna, diikuti alFatihah.

Prof Muhammad Syukri Salleh menyampaikan kuliah bulanan kepada seluruh warga ISDEV, pelajar-pelajar master mod campuran tahun 2014, 2015,  pelajar-pelajar kedoktoran mod penyelidikan, para pensyarah dan juga kakitangan ISDEV.

Antara isi kuliah yang disampaikan adalah seperti berikut;

ISDEV
1. Jemaah perjuangan
2. Matlamat: merealisasikan keindahan Islam khususnya dalam akademik, amnya dalam semua aspek kehidupan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

PERJUANGAN
1. Penderitaan (syaitan, kafir harbi, munafiq, penghasad dengki, mazmumah sendiri)
2. Pengorbanan (harta, tenaga, masa, perasaan)

Penghibur Perjuangan
1. Allah SWT (bersama, membantu, melindung, mengurniakan ganjaran)
2. Suasana (ukhuwah, kasih sayang, tenaga, bantu-membantu)
3. Aktiviti (Kerja berkumpulan)

"Apabila berhadapan dgn musibah, tidak boleh berkonfrontasi."

Seterusnya, diberi peluang kepada setiap wakil ISDEV yang berkelana ke negara luar, untuk menyampaikan pengalaman masing-masing sebagai pengajaran buat semua warga ISDEV. Para perwakilan ISDEV telah berjaya menyampaikan idea ISDEV sehingga beberapa penganugerahan diperoleh.