Menuntut Ilmu Jalan ke Syurga

Sunday 22 March 2015

Deklarasi Rusila 2015

A. Deklarasi Isu Palestin:
  1. Perlu struktur yang berterusan. 
    • Wujudkan Pusat-pusat Bantuan Palestin di pelbagai wilayah untuk bantuan fizikal, dana dan pendidikan.
  2. Wujudkan Pusat Penyelarasan Bantuan
    • Seperti di Turki.
  3. Kesatuan Ulama Islam Sedunia sebagai wadah menaungi Pusat-pusat tersebut.
B. Golongan Minoriti & Jalinan Sivil
  1. Penubuhan pertubuhan NGO Islam seluruh dunia diiktiraf oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia untuk penyelarasan dan pengagihan bantuan.
  2. Pembangunan masyarakat dalam pelbagai bidang seperti kebajikan, pendidikan, ekonomi dan kemahiran.
  3. Bantuan penuh kepada seluruh umat Islam sedunia seperti di Nepal, Arakan, Kashmir selaras dengan Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bertasu (PBB).
  4. Bangunkan pengkalan data NGO Islam sedunia.
  5. Wujudkan peta Muslim Sedunia yang terkini.
  6. Malaysia sebagai pusat.
C. Pengupayaan Dakwah
  1. Human Development Centre, Persatuan Ulama Islam Sedunia.
    • latihan kepada individu dan aktivis dakwah.
    • Pusat penyebaran pemahaman Islam sebenar.
    • Antarabangsa
  2. Pusat Pembangunan Islam Serantau
    • Afrika Tengah
    • Asia Tengah
    • Balkan
  3. Platform Dakwah Global
    • Persidangan Dakwah Antarabangsa.
  4. Malaysia sebagai Sekretariat Islam Global.

**************************************************************
Kaitan Deklarasi Rusila 2015 Dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
  1. Deklarasi Rusila 2015 menyatakan dua resolusi yang mengaitkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu di bawah tajuk Golongan Minoriti dan Jalinan Sivil. Dua resolusi tersebut ialah Kesatuan Ulama Sedunia mengiktiraf kewujudan NGO Islam bagi penyelarasan bantuan dan pembangunan  masyarakat samada dalam bidang kebajikan, pendidikan, ekonomi, kemahiran dan sebagainya. Selain itu, satu pengkalan data NGO Islam Sedunia bakal dibina bagi menyelaraskan kesatuan aktiviti seperti pengagihan bantuan dan sokongan kepada umat Islam seluruh dunia.
  2. Kewujudan NGO Islam dilihat penting dalam pembangunan masyarakat Islam yang menjadi masyarakat minoriti di sebahagian negara. NGO Islam juga berfungsi menyatukan masyarakat sivil yang ada. Keharmonian dapat dicapai sekiranya ada kesefahaman dalam kalangan masyarakat terhadap Islam dan jalinan kerjasama antara Islam dan bukan Islam terutama dalam aktiviti kebajikan, kemasyarakatan dan kemanusiaan.
  3. Kedua-dua resolusi ini dilihat sebagai satu batu loncatan bagi menyatukan umat Islam sedunia dengan adanya kerjasama erat dan berterusan. Bukan hanya pada satu-satu masa tetapi jalinan kerjasama ini akan berterusan sehingga dapat mengeluarkan masyarakat yang menyembah makhluk kepada menyembah Allah SWT seperti dakwah yang dibawa oleh utusan Rasulullah SAW kepada kerajaan Rom dan Parsi iaitu Rubi' bin Amir. Utusan ini ditawarkan dengan pelbagai jenis kenikmatan dunia termasuk harta namun Rubi' menyatakan bahawa tujuan kedatangannya adalah untuk menyeru mereka daripada menjadi hamba kepada makhluk kepada hamba kepada Allah SWT. Inilah Islam, agama yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul terdahulu.

    1 comment:

    1. Penubuhan NGO merupakan salah satu tanda aras bagi sebuah negara demokrasi. Ini juga bersesuaian dengan keadaan politik di Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

      ReplyDelete