Menuntut Ilmu Jalan ke Syurga

Thursday 5 March 2015

Anugerah Wanita Cemerlang 2014

Pada tanggal 11 November 2014 yang lalu, satu upacara telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara bagi meraikan 47 tokoh wanita yang cemerlang dalam setiap bidang masing-masing. Anugerah Malaysian Women of Excellence Awards 2014 ini diberi sebagai mengiktiraf peranan wanita dalam sumbangan besar terhadap bidang yang diceburi. Penganugerahan ini dipilih berdasarkan visi, kepimpinan, pencapaian, persembahan korporat dan hubungan komuniti.

Antara yang menerima anugerah berkenaan adalah bekas wanita pertama negara, Tun Dr. Siti Hasmah Ali; aktivis kemasyarakatan dan sosial, Datin Paduka Mother A. Mangalan; Ratu Squash Negara, Datuk Nicol Ann David dan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Anugerah yang dibawakan oleh pertubuhan eksklusif, Event Port Sdn. Bhd. itu melantik 7 orang juri bagi memilih pemenang yang layak daripada 2,000 pencalonan. 




11 November 2014 7:38 PM
Anugerah Wanita Cemerlang 2014 iktiraf peranan 47 tokoh
Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Seramai 47 tokoh wanita daripada pelbagai bidang menerima anugerah Malaysian Women of Excellence Awards 2014 yang julung kali diadakan.
Majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara itu bagi meraikan wanita cemerlang dan merupakan acara terbesar dalam mengiktiraf peranan wanita yang memberi sumbangan besar dalam bidang masing-masing.
Antara yang menerima anugerah berkenaan adalah bekas wanita pertama negara, Tun Dr. Siti Hasmah Ali; aktivis kemasyarakatan dan sosial, Datin Paduka Mother A. Mangalan; Ratu Squash Negara, Datuk Nicol Ann David dan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Anugerah yang dibawakan oleh pertubuhan eksklusif, Event Port Sdn. Bhd. Itu melantik 7 orang juri bagi memilih pemenang yang layak daripada 2,000 pencalonan.
Penerima anugerah dipilih berdasarkan visi, kepimpinan, pencapaian, persembahan korporat dan hubungan komuniti.
Anugerah disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Majlis turut dihadiri Pengerusi Event Port, Datuk Idrus Mohd. Satha. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/video/anugerah-wanita-cemerlang-2014-iktiraf-peranan-47-tokoh-1.23480#sthash.iyV87t4s.dpuf




Sumber rujukan:
1. Azreen Surani, Khairulanuar Yahaya. (2014) "Anugerah Wanita Cemerlang 2014 iktiraf peranan 47 tokoh" Utusan Online. Dipetik dari laman sesawang http://www.utusan.com.my/video/anugerah-wanita-cemerlang-2014-iktiraf-peranan-47-tokoh-1.23480 pada tarikh 12 November 2014.
2.

No comments:

Post a Comment