Menuntut Ilmu Jalan ke Syurga

Thursday 1 October 2015

Berjuang dalam Kebahagiaan

Majlis dimulai dengan alunan Asma' ul Husna, diikuti alFatihah.

Prof Muhammad Syukri Salleh menyampaikan kuliah bulanan kepada seluruh warga ISDEV, pelajar-pelajar master mod campuran tahun 2014, 2015,  pelajar-pelajar kedoktoran mod penyelidikan, para pensyarah dan juga kakitangan ISDEV.

Antara isi kuliah yang disampaikan adalah seperti berikut;

ISDEV
1. Jemaah perjuangan
2. Matlamat: merealisasikan keindahan Islam khususnya dalam akademik, amnya dalam semua aspek kehidupan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

PERJUANGAN
1. Penderitaan (syaitan, kafir harbi, munafiq, penghasad dengki, mazmumah sendiri)
2. Pengorbanan (harta, tenaga, masa, perasaan)

Penghibur Perjuangan
1. Allah SWT (bersama, membantu, melindung, mengurniakan ganjaran)
2. Suasana (ukhuwah, kasih sayang, tenaga, bantu-membantu)
3. Aktiviti (Kerja berkumpulan)

"Apabila berhadapan dgn musibah, tidak boleh berkonfrontasi."

Seterusnya, diberi peluang kepada setiap wakil ISDEV yang berkelana ke negara luar, untuk menyampaikan pengalaman masing-masing sebagai pengajaran buat semua warga ISDEV. Para perwakilan ISDEV telah berjaya menyampaikan idea ISDEV sehingga beberapa penganugerahan diperoleh.

No comments:

Post a Comment