Ucapan President PAS Sempena Majlis Konvokesyen
ke-12 ILHAM Di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Gombak, Kuala
Lumpur.
Perkembangan Islam
Pada tahun 20an hingga 50an, masyarakat dipimpin oleh
pemimpin berfahaman sekular, liberal. Menolak Islam secara terang-terangan. Memusnahkan
sistem tulisan jawi yang menggunakan huruf Arab. Pakaian seperti penjajah. Sekolah
disatukan menjadi sekolah kebangsaan. Sekolah agama diketepikan.
Manakala pada tahun 70an, masyarakat dipimpin oleh pemimpin
berfahaman separa Islam. Membangunkan pelaksanaan amar makruf tetapi meninggalkan nahi munkar. Proses islamisasi
berlaku dengan rancak. Pembangunan universiti Islam, bank islam, pajak gadai
islam menggunakan sistem barat tetapi diIslamkan sedikit demi sedikit. Namun tunjang
asasnya belum kukuh melaksanakan sistem Islam sepenuhnya. Riba masih diamalkan. Pusat maksiat masih dibenarkan.
Golongan yang mempunyai kesedaran untuk kembali kepada Islam terbahagi kepada dua iaitu golongan yang belajar agama secara sistem pondok dan golongan yang belajar di Barat samada belajar tentang agama atau bidang lain tetapi timbul kesedaran untuk menegakkan Islam di negara sendiri. Golongan-golongan ini telah mewujudkan aliran pemikiran yang mahukan Islam di Malaysia sehingga kini.
No comments:
Post a Comment